Bermula dengan Rabun dan disusuli oleh Sepet kemudian lahir pula Gubra dan yang terkini Mukhsin. Filem-filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad kerap mengundang berbagai reaksi dan maklumbalas. Setiap ulasan dan pandangan yang dinyatakan itu adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh pemberi pendapat itu. Masing-masing bebas menzahirkan pendirian sendiri walaupun kekadang ianya mempunyai kepentingan tertentu.

Terbaru dengan ternobatnya Gubra sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 19 dan kesilapan ucapan Sharifah Amani semasa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik sekali lagi Yasmin tidak terlepas dari berbagai kritikan. Sebelum itu dalam The Sun ada satu temubual dengan Yasmin Ahmad berkaitan dengan serangan terhadap filem Sepet dan Gubra. Walau apapun kita tunggu apakah pula yang akan terjadi bila Mukhsin ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sementara itu baru-baru ini beberapa orang telah berpeluang menyaksikan filem Mukhsin yang baru disiapkan. Jika hendak berkongsi ceritanya bolehlah singgah ke laman web berikut;

sultanmuzaffar Mukhsin : Kembara waktu yang paling indah
Dia Tulis Cinta platonik Orked dan Orked, Mukhsin dan hujan
Fadz Masterpiece muhibah Yasmin Ahmad
Nizam Zakaria Mukhsin rough cut

The Star Returning favourites and First love
Utusan Karya terbaru Yasmin kekalkan watak Orked
Malay Mail Here comes Mukhsin
Berita Harian Aryana & Syafie hidupkan Mukhsin


Foto : yasminthestoryteller

Technorati Tags: , , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 20.8.06

4 comments

  1. nanies Says:
  2. salam azhad..nice blog..terjumpa blog nie pasal nak material..keep up the good work..tngok blog u nie..saya ada bnyak benda yg saya kena belajar lagik...apa pun thanks..

     
  3. Azhad Says:
  4. terima kasih nanies, saya pun masih byk yg perlu belajar lagi.

     
  5. Anonymous Says:
  6. boleh tak u bagi 10 etika kehidupan dalam cite muhsin dan buktinya berdasarkan cite tersebut...contoh kisah dalam filem tu yang berkaitan dengan cite tu..nak tau sgt, plez..

     
  7. Anonymous Says:
  8. mksud i, kisah2 dalam filem tu yang membuktikan 10 etika tu..k.thanks

     

Post a Comment

Subscribe here